KUIH JALA

KUIH JALA diperbuat daripada adunan tepung beras dan air gula. Adunan dimasukkan ke dalam tempurung kelapa yang telah dilubangkan. Adunan yang keluar dari tempurung terus dimasukkan kedalam kuali untuk digoreng sehingga masak dan kekuningan.Kemudian dibentukkan seperti dalam gambar di bawah.


Kuih ini sangat rangup. Kuih ini dijual dengan harga RM1.00 untuk 3 biji. Kuih ini boleh tahan sehingga 3 minggu selepas dibuat.

KUIH GUNTING

KUIH GUNTING adalah kuih yang agak popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kuih ini dibuat daripada doh tepung yang dicampurkan dengan jintan manis, jintan putih, daun bawang, daun sup dan udang kering. Doh akan dicanai dan dibakar setengah masak. Kemudian, dipotong dan digunting memanjang lebih kurang 3cm. Akhir sekali, ia akan digoreng sehingga kekuningan.



 Kuih ini berasa rangup dan mempunyai rasa rempah. Hargganya cuma RM25.00 sekilogram. kuih ini tidak mudah pecah, jadi kepada yang berminat, kami boleh menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar kuih. Ingin membuat tempahan, sila hubungi Puan Sitinah.



KUIH SEPIT

KUIH SEPIT adalah kuih yang agak sensitif, dimana ketebalannya seperti sekeping kertas dan mudah pecah. Terdapat dua jenis kuih sepit, iaitu kuih sepit panjang dan kuih sepit pendek. Kuih sepit pendek lebih sesuai untuk dihidangkan. Adunan kuih sepit diperbuat daripada tepung gandum, santan, telur dan air secukupnya. Adunannya yang cair dimasukkan ke dalam acuan dan dibakar. Acuannya yang disepit itu, menyebabkan namanya dipanggil kuih sepit.





Untuk kuih sepit pendek, ia dijual dengan harga RM1.00 untuk 15 batang, manakala kuih sepit panjang dijual dengan harga RM1.00 untuk 8 batang.

KEREPEK SAYUR

KEREPEK SAYUR diperbuat daripada doh tepung gandum yang dicampurkan dengan daun bawang, daun sup, ikan bilis, bawang besar dan cili hidup. Doh akan dicanai dan dibentukkan seperti jejari seperti dalam gambar menggunakan mesin. Akhir sekali, ia akan digoreng sehingga masak dan kekuningan.


Kuih ini rangup dan tidak mudah pecah. Harganya cuma RM15.00 sekilogram. Kuih ini tahan selama sebulan selepas dibuat.

POPIA PEDAS DAN POPIA SIMPUL

POPIA PEDAS merupakan satu yang paling digemari, kerana rasanya yang rangup, pedas dan manis. Diperbuat dari popia yang digulung dan dimasak dengan ikan bilis, bijan, cili dan bawang besar.





Ia boleh tahan lama, iaitu sebulan selepas diproses. Harganya RM25.00 sekilogram.

KUIH KACANG SIPUT

KUIH KACANG SIPUT adalah kacang tanah yang digulung dengan doh tepung. Selepas digulung, ia akan digoreng sehingga kekuningan. Kemudian dimasak dengan cili dan bawang serta ikan bilis secukup rasa. Bentuknya seperti kuih siput, tetapi ia mempunyai kacang ditengah-tengah. Saiznya kecil, mengikut saiz kacang yang digulung.




Rasanya rangup, pedas dan manis. Kepada yang berminat untuk menempah, anda juga boleh memberitahu tahap kepedasan yang anda suka. Harganya hanya RM15.00 sekilo. Tetapi anda boleh menempah dengan kuantiti yang sedikit mengikut kemahuan anda.


KUIH PERUT AYAM

KUIH PERUT AYAM diperbuat daripada doh tepung gandum, santan, marjerin dan gula. Setelah dicampurkan kesemua bahan-bahan, doh tersebut dicanai. Dengan bantuan mesin, doh akan dipotong memanjang. Kemudian, akan dibentuk seperti dalam gambar. Setelah siap, digoreng sehingga masak dan kekuningan.


Kuih ini terdapat dua jenis, iaitu rasa manis dan masin. Anda boleh meminta mengikut permintaan anda. Kuih ini hanya dijual RM15.00 sekilogram.






KUIH CINCIN

KUIH CINCIN merupakan sejenis kuih kering tradisional. Proses pembuatannya yang agak rumit memerlukan beberapa hari untuk menyiapkan kuih ini terutamanya bila membuat dalam kuantiti yang banyak. Kuih ini juga dibuat menggunakan beberapa peralatan tradisional.

Kuih ini dibuat daripada gula apong yang dimasak dengan tepung. Setelah sejuk, ia akan dicanai, dibentukkan dan digoreng. Kemudian, digoreng sekali lagi setelah dicelupkan kedalan adunan tepung kunyit dan air kapur. Goreng hingga masak dan kekuningan.


Kuih ini berasa rangup dan tidak terlalu manis. Kuih ini dijual dengan harga RM1.00 untuk empat (4) biji kuih. Walaupun rangup, ia tidak mudah pecah dan tahan selama sebulan selepas dibuat. Oleh yang demikian, ini memudahkan kepada anda yang berminat untuk menempah, walaupun dari jarak jauh.

KUIH ANGGAN

KUIH ANGGAN merupakan sejenis kuih kering yang berbentuk seperti karipap. Cuma saiznya lebih kecil dan ianya tidak digoreng, tetapi dibakar di dalam ketuhar. Saiznya yang kecil menyebabkan ia sesuai untuk dihidang terutamanya di musim perayaan.



Terdapat dua jenis inti kuih anggan, iaitu kelapa kering dan kacang tanah yang ditumbuk. Kebanyakkan tempahan kuih anggan ini dibuat berintikan kelapa kering. Kulitnya tidak terlalu keras dan disapu dengan kuning telur supaya lebih cantik dan menarik.



Ia dijual dengan harga RM1.00 sebanyak 8 biji. Kuih ini tahan lama sehingga sebulan selepas  dibuat. Jadi ini, tidak menjadi masalah bagi yang berminat untuk menempah kuih ini.


Rasanya rangup dan tidak terlalu keras. Jadi ia sesuai dihidangkan dengan semua golongan tetamu.
 Sekiranya berminat, sila membuat tempahan daripada Puan Sitinah.

KUIH REDAM

KUIH REDAM merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada gula apong. Gula apong diadun bersama dengan ragi dan tepung beras untuk dijadikan doh. Kemudian, doh dibiarkan semalaman sebelum dicanai dan dibentukkan. Akhir sekali digoreng sehingga masak.

Kuih ini berbentuk leper dan bulat serta mempunyai lubang. Saiznya tidak terlalu besar, lebih kurang sama saiz dengan telapak tangan. Kuih ini, tidak rangup dan teksturnya yang berongga membolehkan kita memotongnya sebelum dihidangkan. Kuih ini sesuai dihidangkan ketika minum petang dan jua musim perayaan. 

Ia dijual dengan harga RM1.00 bagi 4 biji kuih. Kuih ini boleh tahan selama 2 minggu selepas dibuat.



Tempahan dibuka untuk semua, dan sekiranya berminat sila hubungi Puan Sitinah.