KEK KEJU BERSALJI @ SNOW CHEESE CAKE

Bagi yang meminati cheese cake, anda boleh mencuba Snow Cheese Cake atau juga dikenali sebagai Kek Keju Bersalji. Kek ini diperbuat daripada tepung gandum, telur, gula, mentega, krim cheese, susu dan cheddar cheese.




Cheese cake ini boleh dibeli dengan harga RM33.00 yang bersaiz 4 x 8 inc dan RM60.00 yang bersaiz 8 x 8 inc. Sekiranya berminat, anda boleh menempah dari pihak kami.

Boleh layari facebook saya, http://www.facebook.com/sitinah.sumar

APAM POLKADOT

Apam polkadot merupakan sejenis kuih yang dikukus. Bahan-bahan yang digunakan adalah tepung gandum, telur, gula, serbuk penaik, susu dan pewarna. Adunan tersebut di masukkan ke dalam cawan kertas dan di dekorasi dengan warna berlainan dalam bentuk polkadot.

Terdapat beberapa perisa yang ada, iaitu;


Perisa Strawberry

Perisa Blueberry

Perisa Pandan

Perisa Coklat


Apam polkadot ini boleh dibeli dengan harga RM0.20 satu dengan pembelian minima RM15.00. 
Sekiranya anda ingin membeli kurang daripada pembelian minima, anda boleh menempah pada hari Ahad setiap minggu kerana pihak kami membuat apam untuk dijual setiap hari Isnin.

Apam polkadot ini bukan sahaja boleh dimakan bersama keluarga, juga boleh dijadikan buah tangan atau door gift semasa majlis kenduri mahupun majlis perkahwinan. Sekiranya berminat, anda boleh menghubungi kami. 

Kepada yang berminat untuk menjadikan sebagai door gift, anda boleh menghubungi pihak kami untuk tempahan lebih awal. 

Kepada yang berminat boleh layari facebook saya http://www.facebook.com/sitinah.sumar 

KUIH KERING SITI MAR

Kuih Kering CT Mar diasaskan oleh Puan Sitinah Binti Sumar. Kuih Kering CT Mar ini memasarkan kuih kering tradisional yang dibuat beliau sendiri dengan bantuan adik beradik dan saudara terdekat. Terdapat pelbagai jenis kuih yang boleh didapati seperti kuih sepit, kuih redam, kuih jala, kuih cap, kuih cincin, kuih anggan, kacang siput, popia pedas, popia simpul, kuih serbana, kuih gunting, kerepek sayur dan kerepek bawang. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh melayari laman web ini, http://kgpenanmuslim.pjk.com.my

Sekiranya ada yang berminat, sila membuat tempahan kepada Puan Sitinah. Sekiranya ada yang ingin menjadi stokis kami dengan membeli secara borong, amat dialu-alukan. Harga untuk borong boleh dibincangkan dengan berhubung dengan Puan Sitinah.

Pada awal pembabitan Puan Sitinah Sumar dalam bidang pembuatan dan penjualan kuih kering ini hanyalah secara kecil-kecilan. Beliau mula menjalankan aktiviti ini sejak tahun 1996 lagi. Beliau telah mengikuti kursus yang telah di anjurkan oleh pihak Jabatan Pertanian dan telah mendapat bantuan pada tahun 2008 dari segi mesin seperti mesin pengadun. Pada tahun 2010, pihak Jabatan Pertanian telah memberi bantuan untuk membina tapak sebagai kilang membuat kuih kering. Selain itu, beliau telah mendapat mesin pembakar kuih dan peralatan-peralatan lain untuk memudahkan kerja di dalam kilang kuih kering beliau.

Kini, permintaan kuih kering semakin meningkat, terutamanya di musim perayaan seperti Hari Gawai dan Krismas. Selain itu, kuih kering ini juga telah dipasarkan di kedai-kedai runcit dan semasa festival jualan seperti Pesta Layang-Layang.


Kepada yang berminat untuk mendapatkan kuih kering ini, sila hubungi Puan Sitinah. Cara penghantaran boleh dibincangkan bagi yang berada di dalam kawasan Bintulu. Bagi yang jauh, kami akan menghantar melalui perkhidmatan pos ataupun dikirim melalui bas dalam negeri Sarawak.