KUIH KERING SITI MAR

Kuih Kering CT Mar diasaskan oleh Puan Sitinah Binti Sumar. Kuih Kering CT Mar ini memasarkan kuih kering tradisional yang dibuat beliau sendiri dengan bantuan adik beradik dan saudara terdekat. Terdapat pelbagai jenis kuih yang boleh didapati seperti kuih sepit, kuih redam, kuih jala, kuih cap, kuih cincin, kuih anggan, kacang siput, popia pedas, popia simpul, kuih serbana, kuih gunting, kerepek sayur dan kerepek bawang. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh melayari laman web ini, http://kgpenanmuslim.pjk.com.my

Sekiranya ada yang berminat, sila membuat tempahan kepada Puan Sitinah. Sekiranya ada yang ingin menjadi stokis kami dengan membeli secara borong, amat dialu-alukan. Harga untuk borong boleh dibincangkan dengan berhubung dengan Puan Sitinah.

Pada awal pembabitan Puan Sitinah Sumar dalam bidang pembuatan dan penjualan kuih kering ini hanyalah secara kecil-kecilan. Beliau mula menjalankan aktiviti ini sejak tahun 1996 lagi. Beliau telah mengikuti kursus yang telah di anjurkan oleh pihak Jabatan Pertanian dan telah mendapat bantuan pada tahun 2008 dari segi mesin seperti mesin pengadun. Pada tahun 2010, pihak Jabatan Pertanian telah memberi bantuan untuk membina tapak sebagai kilang membuat kuih kering. Selain itu, beliau telah mendapat mesin pembakar kuih dan peralatan-peralatan lain untuk memudahkan kerja di dalam kilang kuih kering beliau.

Kini, permintaan kuih kering semakin meningkat, terutamanya di musim perayaan seperti Hari Gawai dan Krismas. Selain itu, kuih kering ini juga telah dipasarkan di kedai-kedai runcit dan semasa festival jualan seperti Pesta Layang-Layang.


Kepada yang berminat untuk mendapatkan kuih kering ini, sila hubungi Puan Sitinah. Cara penghantaran boleh dibincangkan bagi yang berada di dalam kawasan Bintulu. Bagi yang jauh, kami akan menghantar melalui perkhidmatan pos ataupun dikirim melalui bas dalam negeri Sarawak.    

KUIH JALA

KUIH JALA diperbuat daripada adunan tepung beras dan air gula. Adunan dimasukkan ke dalam tempurung kelapa yang telah dilubangkan. Adunan yang keluar dari tempurung terus dimasukkan kedalam kuali untuk digoreng sehingga masak dan kekuningan.Kemudian dibentukkan seperti dalam gambar di bawah.


Kuih ini sangat rangup. Kuih ini dijual dengan harga RM1.00 untuk 3 biji. Kuih ini boleh tahan sehingga 3 minggu selepas dibuat.

KUIH GUNTING

KUIH GUNTING adalah kuih yang agak popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kuih ini dibuat daripada doh tepung yang dicampurkan dengan jintan manis, jintan putih, daun bawang, daun sup dan udang kering. Doh akan dicanai dan dibakar setengah masak. Kemudian, dipotong dan digunting memanjang lebih kurang 3cm. Akhir sekali, ia akan digoreng sehingga kekuningan.



 Kuih ini berasa rangup dan mempunyai rasa rempah. Hargganya cuma RM25.00 sekilogram. kuih ini tidak mudah pecah, jadi kepada yang berminat, kami boleh menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar kuih. Ingin membuat tempahan, sila hubungi Puan Sitinah.